Pelancaran Zenpipe Youtube Channel

Art In Software telah bereksperimen dalam satu projek baru iaitu video log. Projek ini bertujuan untuk membuka channel baru untuk berkomunikasi dengan pelanggan kami. Antara produk yang kami ingin ketengahkan ialah Zenpipe Web Hosting.

Dalam projek video ini, kami memfokuskan tentang penggunaan produk Shared Hosting Zenpipe. Antaranya, bagaimana untuk melanggan Shared Hosting, cara menggunakan directadmin, memuat-naik fail menggunakan filezilla, menggunakan webmail dan banyak lagi.

Setiap minggu, kami akan menghasilkan kandungan video yang baru untuk pelanggan kami dan sempena pelancaran ini, kami menghasilkan dua video iaitu video pengenalan dan bagaimana untuk melanggan Shared Hosting kami. Anda boleh lihat video baru kami di channel Zenpipe yang berada di YouTube.